17.4% Penghidap Kanser Mulut Di Negara Ini Dari Sabah – KM

hajiji-2.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kira-kira 17.4% pesakit yang dikenalpasti menghidap kanser mulut di Malaysia adalah dari Sabah, menurut Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Katanya, angka itu diperolehi hasil daripada saringan kanser mulut pada 2020 menerusi Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata, walaupun peratusan itu dilihat kecil, namun ia tidak boleh dipandang remeh oleh rakyat.

Hajiji berkata, daripada 42,771 pesakit yang disaring pada 2020 di Sabah, seramai 5,420 orang mempunyai tabiat berisiko tinggi kanser mulut, iaitu pengambilan tembakau, sirih dan juga pengambilan alkohol berlebihan.

“Selain itu, hanya lebih kurang 50% rakyat Malaysia menyedari bahawa pengambilan alkohol dan pengunyahan sirih dapat meningkatkan risiko mereka untuk mendapat kanser mulut.

“Sehubungan itu, amat penting untuk membuat pemeriksaan awal di klinik pergigian jika didapati ada tanda atau gejala”, katanya ketika merasmikan Minggu Kesedaran Kanser Mulut 2021 Peringkat Negeri Sabah bertemakan #JomCheckMulut di sini.

Minggu Kesedaran Kanser Mulut tahun ini diadakan selama seminggu mulai 7 hingga 13 Nov di seluruh negara.

Hajiji berkata, kajian yang dilakukan dalam kalangan rakyat Malaysia mendapati bahawa tabiat mengunyah sirih dapat meningkatkan risiko kanser mulut sebanyak enam kali ganda berbanding mereka yang tidak mengamalkan sebarang tabiat, manakala pengamalan ketiga-tiga tabiat ini sekali gus akan meningkatkan risiko mendapat kanser mulut sebanyak 22 kali ganda.

“Malangnya, kesedaran terhadap tabiat-tabiat berisiko ini adalah amat rendah”, katanya.

Beliau berkata, di Malaysia, didapati kebanyakan kes kanser mulut dikesan di peringkat yang lewat, dengan lebih daripada 60% dikesan pada “advanced stages” atau peringkat lanjut iaitu pada tahap tiga dan empat.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top