1,610 Liter Diesel Dirampas di Kepayan

rampas-diesel.jpg

Anggota KPDNHEP menyerbu sebuah stor yang dipercayai menyimpan minyak diesel bersubsidi di Jalan Bunga Raya di Kepayan.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah merampas 1,610 liter diesel bersubsidi dari sebuah kedai di Jalan Bunga Raya di Kepayan pagi Selasa.

Pengarah KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata operasi itu dijalankan pada 11.30 pagi berikutan maklumat dan pemantauan selama seminggu.

“Dalam serbuan, pasukan penguat kuasa menemui 1,610 liter diesel di dalam tangki, dram dan jerigen.

“Pasukan penguat kuasa turut merampas sebuah pam elektronik dan barang rampasan dianggarkan bernilai RM3,561.50,” katanya dalam kenyataan.

Georgie berkata seorang lelaki tempatan telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas kerjasama berterusan mereka dan mengharapkan kerjasama yang sama pada masa hadapan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top