16 Keluarga Mangsa Kebakaran Di Kg Kinabutan Besar Terima Sumbangan

arifin-ariff.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Seramai 16 keluarga mangsa kebakaran di Kampung (Kg) Kinabutan Besar, Batu 5 Jalan Apas, di sini menerima bantuan daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Perbadanan Baitulmal.

Bantuan tersebut disampaikan semasa lawatan Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif ke lokasi kebakaran, semalam.

Mohd Ariffin berkata, kerajaan negeri terus komited membantu rakyatnya yang ditimpa musibah agar dapat meringankan beban mereka terutamanya mangsa kebakaran.

“Saya yakin wakil rakyat kerajaan terus membantu sedaya upaya supaya rakyat yang mengalami kesusahan terus terbela.

“Saya juga percaya wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas sudah mengemukakan perkara ini kepada pihak kerajaan khususnya Ketua Menteri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Kinabutan Besar, Batu 5 Jalan Apas, di sini semalam.

Menurutnya, sumbangan kali ini adalah daripada MUIS, Perbadanan Baitulmal, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu.

“MUIS menyerahkan sumbangan sebanyak RM1,000 dan Perbadanan Baitulmal RM600 kepada setiap ketua keluarga.

“Hari ini juga sumbangan serupa turut diberikan kepada mangsa kebakaran di Kg Tawau Lama,” katanya.

Katanya, semua mangsa kebakaran diminta bersabar dengan dugaan tersebut dan kerajaan tidak terlepas pandang untuk terus membantu mana yang termampu.

“Saya berharap, dengan sumbangan itu dapat meringankan sedikit kesusahan yang ditanggung oleh keluarga mangsa kebakaran.

“Penduduk di daerah ini juga diminta untuk mengambil berat faktor keselamatan sekiranya mahu membina rumah agar kejadian seperti kebakaran tidak berlaku,”katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan ADUN Balung Hamild Awang. – Utusan Borneo

 

Kredit foto: FB Arifin Arif

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top