16 Individu Terpedaya Bayar RM20 Untuk Vaksinasi di Semporna

Farhan-Lee-KP-Semporna.jpeg
Kongsi Bersama

SEMPORNA: Taktik seorang lelaki mengenakan bayaran RM20 bagi menawarkan suntikan vaksin Covid-19 kepada penerima berjaya dikesan dengan penangkapan seorang suspek di taman kanak-kanak dekat sini pada Jumaat.

Dalam kejadian pada pukul 2.35 petang itu, sepasukan polis daripada Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Daerah (IPD) Semporna menahan seorang lelaki wargangeara berbangsa India yang disyaki terlibat mengenakan bayaran kepada penerima vaksin.

Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah, Superitendan Mohd. Farhan Lee Abdullah (gambar) berkata, difahamkan lelaki berusia 61 tahun ini bertindak menguruskan vaksinasi kepada mana-mana individu yang membayar RM20 kepadanya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat dekat sini.

Berdasarkan siasatan awal, 16 orang menjadi mangsa dan membayar RM20 bagi mendapatkan suntikan vaksinasi di PPV tersebut.

“Polis memandang serius mana-mana individu yang mengambil peluang mengenakan caj bayaran bagi vaksinasi kerana suntikan diberikan oleh kerajaan adalah percuma.

“Tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu yang terlibat dan pihak polis memohon kerjasama orang awam khususnya 16 orang yang terlibat untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, suspek kini masih direman bermula daripada tarikh tangkap sehingga hari ini (21 September) bagi melengkapkan siasatan.

Mohd. Farhan turut meminta kerjasama individu yang mengetahui tentang kejadian itu untuk berhubung kepada pegawai penyiasat kes iaitu Sarjan Mohamad Hayazi Hariff Fazilah di talian 017-895 4967 @ 089-782020 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 

Sumber: Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top