1,500 Sertai Warisan Di Pulau Pinang

warisan-di-Penang.jpg
Kongsi Bersama

GEORGE TOWN: Kehadiran Parti Warisan (Warisan) di Pulau Pinang menunjukkan perkembangan positif apabila 1,500 orang menyertai parti itu kelmarin.

Menurut The Star, Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, Warisan didaftarkan sebagai parti berbilang kaum dan sudah tentu kebajikan semua kaum akan diberi perhatian.

“Kita akan memastikan kebajikan semua kaum di negara ini tidak diabaikan kerana Malaysia milik semua kaum di negara ini,” katanya semasa Majlis Makan Malam bersama pemimpin dan ahli Warisan di Medan Selera Sri Aman di Paya Terubong kelmarin.

Mohd Shafie berkata, parti itu tidak mahu terus menjadi pembangkang sebaliknya, mereka akan cuba mengambil alih kerajaan dan berkhidmat untuk rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)

Katanya, Warisan bukan tamakkan jawatan atau ingin mendapatkan projek tetapi, parti itu ingin mengembalikan semula Malaysia untuk menjadi negara yang kompetitif dan rakyatnya bersatu.

“Pada tahum 80an, kita dikenali sebagai sebuah negara yang dinamik maka, tiba masa untuk kita meletakkan negara ini dilandasan yang betul untuk menjadi kompetitif,” katanya.

Jelasnya, walaupun ada pihak yang menganggap Warisan sebagai parti Sabah namun, perlembagaan parti membolehkan Warisan bertanding di semua 222 kerusi parlimen di seluruh negara.

Melihat keperluan untuk bertanding di Pulau Pinang, beliau berkata, parti itu akan meneliti dan menjalankan kajian terlebih dahulu sebelum memutuskan kerusi yang berpotensi untuk ditandingi.

Walau bagaimanapun, parti ini cukup positif bahawa keahliannya akan terus meningkat kerana difahamkan lebih ramai ahli UMNO di negeri itu akan beralih dan memberi sokongan terhadap Warisan.

Dalam majlis itu, Kordinator Warisan Pulau Pinang, Goh Choon Keong menyerahkan borang keahlian ahli-ahli baharu yang dikumpulkan sejak sebulan lalu.

Choon Keong berkata, lebih ramai orang ingin mendaftar sebagai ahli namun, borang keahlian tidak mencukupi. Perkembangan itu menunjukkan orang mula meletak harapan terhadap parti ini.

Majlis makan malam itu dihadiri kira-kira 200 orang termasuk Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong dan Ahli Majlis Tertinggi Warisan Nic Chak. – Borneo Today

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top