1,500 Rumah Mesra SMJ sudah siap dibina

rumah-mesra-SMJ.jpg

Rumah Mesra SMJ

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Laporan terkini pembinaan Rumah Mesra Sabah Mahu Jaya (SMJ) menunjukkan sebanyak 1,500 buah telah siap dibina sepenuhnya dan baki 1,500 buah lagi dalam proses pembinaan.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Samad Jamri berkata, pembinaan Rumah Mesra SMJ mula dilaksanakan tahun lalu dengan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) diperuntukkan 20 buah rumah.

“Program ini akan terus dilaksanakan pada tahun ini dengan jumlah yang sama 1,500 buah rumah lagi dengan jumlah keseluruhannya sebanyak 3,000 buah rumah untuk penerima golongan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar miskin dan B40,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid An-Nur Tuaran pada Jumaat lepas menyatakan penubuhan sekretariat SMJ yang ditugaskan bersama KPLB Sabah menangani isu kemiskinan, antaranya melaksanakan pembinaan 3,000 Rumah Mesra SMJ. – Utusan Borneo

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top