15 NGO Terima Dana Program Pencegahan & Pemulihan Dadah

Dana-anti-dadah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sebanyak 15 badan bukan kerajaan (NGO) masing-masing menerima sumbangan RM3,000 untuk menjalankan program pencegahan dan rawatan pemulihan dadah di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan replika cek sumbangan itu daripada Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon kepada pemimpin NGO’s di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan itu semasa Mesyuarat Tindakan Membanteras Dadah Peringkat Negeri Sabah.

Menerusi sumbangan dana itu, NGO’s tersebut akan membantu pihak AADK Sabah melaksanakan program-program pendidikan pencegahan dan rawatan pemulihan dadah, terutamanya dalam menyebar luas kempen membanteras di kawasan berisiko tinggi.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri mahu AADK memainkan peranan berkesan menangani isu penyalahgunaan dadah di Sabah bagi memastikan generasi sedar akan bahaya penyalahgunaan dadah.

Katanya, semua lapisan masyarakat termasuk agensi kerajaan, swasta, pihak industri, NGO’s dan pemimpin masyarakat perlu bersama-sama kerajaan dalam usaha pencegahan dan memerangi dadah secara penyeluruh dan holistik.

15 NGO yang menerima sumbangan itu ialah Skuad Antidadah Negeri Sabah, Majlis Belia Sabah (MBS), Persatuan ZEQWA, Persatuan Ratna Unggul, Pertubuhan Pencegahan Dadah dan Jenayah,Pertubuhan Kebajikan Bersama Sabah,PERKIS Bahagian Kota Kinabalu, Skuad Antidadah Kota Kinabalu, Pertubuhan Kebajikan Amal Sepanggar, Pertubuhan Inspirasi Prihatin Sabah, Pertubuhan Kebajikan Amal TPS Sabah, Skuad Antidadah Keningau, Persatuan Belia Kampung Tudan Baru, Kelab Rakan Muda Keningau dan Gabungan Persatuan Belia Pedalaman Sabah

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Chan Hon Jin, Pengarah AADK Negeri Sabah, Nani Sikin dan Pengarah PUSPEN Papar, Roswati Pain.

Terdahulu Hajiji menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Finland ke Malaysia Sami Rafael Leino.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Datuk Seri Safar Untong.

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top