15 ditahan curi besi, peralatan rumah di tapak pembinaan terbengkalai

polis.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: 15 individu termasuk dua wanita ditahan selepas dikesan mencuri besi dan peralatan rumah di sebuah tapak pembinaan terbengkalai sejak enam tahun lalu, di Tanjung Lipat, di sini, kelmarin.

Dalam operasi jam 3.15 petang itu, semua individu termasuk dua lelaki warga asing yang ditahan berusia lingkungan 25 hingga 49 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata serbuan dijalankan selepas pihak polis menerima maklumat daripada orang awam.

Katanya, sebaik serbuan dijalankan, pasukan operasi berjaya menahan semua suspek yang sedang membuka dan meleraikan pelbagai peralatan rumah di kawasan perumahan berkenaan.

“Antara peralatan yang cuba dicuri termasuk wayar, bingkai dan batang aluminium, batang paip dan beberapa peralatan lain.

“Semua suspek terus ditahan dan barang kes dirampas untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Mohd Zaidi berkata, pihaknya percaya dengan penahanan semua suspek, polis berjaya menyelesaikan dua kes kecurian di kawasan pembinaan yang dilaporkan berlaku pada 28 Oktober lalu.

Sehubungan itu, Mohd Zaidi menasihati orang ramai supaya tidak menceroboh dan mengambil barangan atau peralatan dari mana-mana kawasan pembinaan termasuk projek terbengkalai.

Katanya, mereka yang didapati melakukan kesalahan itu boleh didakwa atas kesalahan mencuri dan ditahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – BHarian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top