1,338 Mangsa Terlibat Kebakaran Di Tawau

kebakaran-tawau1.jpg

Antara mangsa terjejas akibat kebakaran ditempat transit sementara di Kampung Kurnia Jaya dan Kampung Hidayat Batu 4, Tawau. - Foto Sinar Harian

Kongsi Bersama

TAWAU: Bukan 500 sebagaimana laporan awal (termasuk oleh Sabah Gazette), tetapi kira-kira 700 buah rumah yang terlibat dalam kebakaran di perkampungan atas air di Jalan Apas Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, di sini, semalam.

Ia menyaksikan seramai 1,338 mangsa dikenal pasti terjejas akibat kebakaran tersebut.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah, setakat ini belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagaimanapun proses pendaftaran mangsa yang terjejas sedang dilakukan.

Kata agensi itu, Majlis Perbandaran Tawau (MPT) menyediakan transit sementara untuk mangsa ketika ini iaitu di Rumah Adat Kampung Kurnia Jaya serta dewan dan masjid di Kampung Hidayat Batu 4, di sini.

Sementara itu, Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Penguasa Kanan Bomba II, Sukur Hatta berkata, sehingga pagi ini dianggarkan 700 rumah musnah terbakar dalam kejadian itu.

“Pasukan bomba masih menyiasat punca kejadian dan anggaran kerugian dialami oleh mangsa,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top