1,300 hadiri upacara memperingati mangsa perang

dr-jeffrey.jpg

PUTATAN: Sekitar 1,300 orang menghadiri Upacara Memperingati Mangsa-mangsa Perang Petagas di Tugu Peringatan Petagas kelmarin untuk menghargai perjuangan Gerila Kinabalu menentang Jepun.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor setelah menerima tabik hormat dan tiupan “Las Post” bersama semua hadirin, mengambil masa bertafakur selama 20 saat untuk mengenang mereka yang telah terkorban.

Beliau kemudiannya mendahului istiadat meletakkan karangan bunga diikuti lapan belas lagi yang lain, antaranya ialah wakil Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Robert Lipon; Konsul General Republik Rakyat China Kota Kinabalu, Huang Shi Fang; dan wakil Setiausaha Persekutuan Sabah Patrick Laing Ngau.

Albert Kwok sebagai ketua Guerila Kinabalu yang berasal dari Sarawak bersama lima lagi ketua kumpulan telah dipenggal kepala sementara 170 yang lain ditembak mati sebelum subuh dalam bulan Januari 1944. 130 pensimpati telah dibawa ke Labuan namun hanya 11 yang terselamat dan jenazah mereka yang mati kemudiannya telah dibawa ke Petagas untuk dikebumikan.

Guerila Kwok berjaya membunuh sekitar 70 askar Jepun dan seterusnya menawan Jesselton (Kota Kinabalu) selama sehari sebelum kerahan tentera Jepun dikejarkan dari Sarawak untuk menghentikan pemberontakan.

Tanpa belas kasihan, Jepun mengejar anggota gerila sehingga ke Kota Belud dan pulau-pulau terpencil sehingga ramai yang terbunuh. Sekitar 100 orang diseksa sampai mati, sementara yang lain dibawa ke Petagas untuk ditentukan nasibnya.

Program tahunan ini diadakan untuk mengenang mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum di Sabah di bawah pimpinan Albert Kwok menentang penjajahan Jepun.

 

Sumber: Jeffrey G. Kitingan Page

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top