13 rumah musnah terbakar

rumah-terbakar-sandakan.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: 13 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Cenderamata Limbungan, Jalan Batu Sapi, di sini, semalam.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 6.05 petang.

Katanya, seramai 30 anggota termasuk pegawai bersama tiga jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan digerakkan ke lokasi kejadian.

“Api berjaya dikawal jam 7.17 malam. Namun, operasi memadam bara api masih dijalankan.

“Kebakaran membabitkan 13 rumah yang terbakar 100 peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Menurutnya, punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pasukan bomba.

 

Sumber: Buletin TV3

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top