13 Pemilik Diminta Tuntut Motosikal Di IPD Kunak

motor-ipd-KUNAK.jpg
Kongsi Bersama

KUNAK: Polis meminta pemilik sah terhadap 13 buah motosikal pelbagai jenis yang disita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak agar datang ke balai bagi menuntut kenderaan masing-masing.

Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Sabarudin Rahmat berkata kesemua pemilik berdaftar terbabit boleh membuat tuntutan dengan di IPD Kunak.

Katanya pemilik kenderaan yang ingin melakukan tuntutan boleh berbuat sedemikian dalam tempoh 30 hari dengan membawa salinan kad pendaftaran kenderaan.

“Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pegawai bertugas Inspektor Riduan Mustapha di talian 010-5122854.

“Semua kenderaan ini tidak pernah dituntut di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Kunak,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini semalam.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top