128 Hilang Tempat Tinggal Dalam Kebakaran Di Telipok

kebakaran-telipok.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: 17 keluarga yang melibatkan seramai 128 orang kehilangan tempat tinggal selepas kediaman mereka di Skim Petempatan Telipok, Jalan Tuaran, di sini, musnah dalam kebakaran, tengah hari tadi.

Jurucakap Bomba Sabah berkata, mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.19 tengah hari.

“Sepasukan anggota menggunakan jentera kemudian bergegas ke lokasi kira-kira 19km dari Balai Bomba Lintas.

“Kebakaran membabitkan dua deret rumah 16 pintu jenis tidak kekal dan menurut maklumat awal, sebanyak 17 keluarga tinggal di situ,” katanya sebagaimana dilaporkan oleh FMT.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu manakala punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan.

“Setakat ini, bomba masih menjalankan operasi untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top