125, 847 Bakul Makanan Telah Diagih Ke 27 Daerah

shahelmy.jpg
Kongsi Bersama

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat ingin memaklumkan bahawa agihan bantuan bakul makanan sedang giat dilaksanakan. Setakat 02 November 2020, sebanyak 125,847 bakul makanan (food basket) telah diagihkan di dua puluh tujuh (27) buah daerah iaitu Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.

Sebanyak 8,159 bantuan bakul makanan (food basket) diagihkan pada 02 November 2020 melibatkan tiga belas (13) daerah iaitu daerah-daerah Lahad Datu (40), Semporna (4,598), Kunak (150), Sandakan (2,084), Kota Kinabalu (15), Kinabatangan (60), Putatan (7), Papar (36), Tuaran (913), Ranau (145), Nabawan (81), Telupid (10) dan Tongod (20).

YANG BERHORMAT Ir. SHAHELMEY YAHYA
MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
02 November 2020

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top