1200 Penerima Vaksin, Petugas Barisan Hadapan Terima Sumbangan Makanan

sumbangan-makanan.jpg
Kongsi Bersama

RANAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam merakamkan penghargaan kepada syarikat pengeluar makanan terkemuka Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) atas sumbangan yang tidak putus-putus kepada penduduk daerah Ranau.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata, pihaknya menyambut baik sumbangan daripada mana-mana pihak yang bermurah hati untuk membantu.

“KTC telah memberikan sumbangan 1,200 roti jenama Creamos bun dan susu kotak Dutch Lady. Terima kasih saya ucapkan kepada Pegarah Eksekutif Dexter Lau,” kata Dr. Joachim.

Japli Sami (dua dari kanan) Setiausaha Sulit kepada Dr. Joachim Gunsalam, menerima sumbangan makanan daripada KTC kelmarin.

“Roti dan susu kotak ini kemudiannya akan diserahkan kepada penerima vaksin, untuk dijadikan alas perut setelah selesai menerima suntikan,” katanya.

Dr. Joachim berkata lagi, roti dan susu berkenaan akan diagihkan ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Kg. Kaingaran, Kg. Timbua, Kg. Perancangan dan Klinik Kesihatan Kundasang.

Edaran tersebut diketuai oleh Japli Sami, dibantu oleh kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) serta Pejabat ADUN Kundasang.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan edaran,” kata Dr. Joachim. –Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top