1,200 Benih Siakap Dilepaskan di Kina Benuwa

lepas-ikan-labuan.jpg
Kongsi Bersama

LABUAN: Sebanyak 1,200 benih ikan siakap dilepaskan di sungai Hutan Simpan Paya Bakau Kina Benuwa di sini, Khamis lepas.

Senator Datuk Bashir Alias berkata benih tersebut, yang dibekalkan Jabatan Perikanan Labuan dengan kerjasama nelayan tempatan, adalah untuk memastikan tempat memancing popular itu tidak akan kekurangan ikan.

“Jabatan Perikanan akan terus bekerjasama dengan nelayan tempatan dalam memastikan sungai paya bakau Kina Benuwa terus menjadi tarikan agropelancongan,” katanya kepada pemberita selepas pelepasan benih ikan berkenaan.

Kina Benuwa yang meliputi kawasan hutan paya bakau tidak tercemar seluas 97,604 hektar itu, terkenal sebagai kawasan agropelancongan dan memancing, bagaimanapun dikatakan ikan sudah semakin berkura-ngan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Bashir berkata Labuan mempunyai kekuatan tersendiri dalam bidang perikanan berikutan kerjasama erat dengan pelbagai agensi dan penyelidik marin, selain kedudukannya sebagai pengeluar utama ikan tuna di Malaysia. – Bernama


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top