12 Projek Berkaitan Pelancongan Diluluskan Di Tongod

jafry.jpg
Kongsi Bersama

TONGOD: Kerajaan Negeri telah meluluskan sekurang-kurangnya 12 projek berkaitan pelancongan meluluskan sekurang-kurangnya 12 projek di daerah Tongod untuk projek-projek kecil di bawah RM20,000, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah Datuk Jafry Ariffin.

“Antara yang diluluskan termasuk menaik taraf Rumah Besar Cina yang digunakan sebagai pusat pameran warisan sejarah dan budaya masyarakat Cina.

“Pihak Majlis Daerah Tongod juga menerima RM40,000 untuk menaik taraf tugu Heart of Borneo yang menjadi mercu tanda daerah itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Taklimat Pembangunan Daerah bersama Pegawai Daerah Tongod, Mohd. Fauzi Norbeh dan agensi-agensi Kerajaan Negeri yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Bung Moktar Radin di sini semalam.

Dalam pada itu Jafry meminta agar satu Jawatankuasa Tindakan Pelancongan Daerah Tongod diwujudkan bagi mendokong usaha pembangunan pelancongan luar bandar terutama pelancongan berasaskan komuniti.

Jelasnya, jawatankuasa itu juga akan membantu kementerian dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan termasuk menaik taraf infrastruktur asas pelancongan agar lebih berdaya saing.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top