117 Graduan KV Beaufort Terima Diploma

graduan-vokasional.jpg

FARZI (kanan) ketika menyampaikan Anugerah Pelajar Terbaik Program kepada Liuveca (kiri).

Kongsi Bersama

BEAUFORT:  Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Beaufort Kali Ke-6 menyaksikan seramai 117 graduan menerima diploma masing-masing.

Mereka merupakan graduan daripada tujuh program yang ditawarkan di kolej tersebut iaitu Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Teknologi Elektrik, Diploma Teknologi Elektronik, Diploma Teknologi Penyejukan Dan Penyaman Udara serta Diploma Teknologi Automotif.

Semua diploma disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Infrastruktur & Perolehan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Farzi Ahmad yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah termasuk graduan Diploma Pengurusan Pelancongan, Liuveca Liusi yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik.

Turut hadir, Pengarah Kolej Vokasional Beaufort, Abd. Hafidz Pg. Adnan dan Kaunselor Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort, Dr. Hajah Kamsi @ Kamsiah Adil.- Penerangan

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top