1,124 Pelajar B40 Terima Peranti Tablet Di Kota Marudu

tablet-kota-marudu.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA MARUDU: Seramai 1,124 pelajar dari sembilan buah sekolah di daerah ini menerima bantuan peranti tablet kelmarin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili telah menyerahkan peranti teesebut kepada pengetua dan guru besar sekolah-sekolah berkenaan dalam sebuah upacara penyerahan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Marudu.

“Program perintis ini menyasarkan pelajar-pelajar yang tergolong dalam keluarga B40 untuk memudahkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mereka,” kata Dr. Maximus yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu.

Jelas beliau, sumbangan tersebut merupakan sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat Yayasan Hasanah dan Yayasan Petronas.

Sekolah yang terpilih dalam program perintis itu adalah SMK Kota Marudu, SMK Bandau, SMK Langkon, SMK Tandek, SJKC Khoi Ming, SK Langkon, SK Tagaroh, SK Tandek dan SK Talatang.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek merangkap Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Hendrus Anding, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Perancangan), Khairuddin Jamal dan Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Jonnybone Kurum.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top