11 prospek diberi kelulusan pelepasan secara lesen

Prospek-Sandakan.jpg

Chew bersama tetamu kehormat, ahli keluarga prospek dan para prospek merakamkan gambar kenangan.

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Seramai 11 prospek telah diberikan kelulusan pelepasan secara lesen menerusi Program Pelepasan Banduan Secara Lesen Ihsan MADANI.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Datuk Chew Kok Woh berkata, pihaknya berharap masyarakat boleh menerima dan memberikan peluang kepada para prospek peluang kedua.

“Berilah mereka peluang pekerjaan tanpa mengira latar belakang kerana mereka juga mempunyai keluarga untuk dijaga,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Daerah Sandakan telah menyempurnakan program berkenaan yang bertemakan ‘Kepulangan Yang Di Nanti’.

Katanya, program itu diadakan sempena perayaan Krismas 2024 dan Tahun Baharu 2025.

Hadir sama Pengarah Penjara Sandakan, Muhammad Khalid Muhammad serta tetamu kehormat yang lain. – Utusan Borneo

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top