1082 Bakul Makanan Diagih Kepada 12 Kampung Di DUN Lamaq

IMG_20201101_141545.jpg
Kongsi Bersama

KINABATANGAN:  Sebanyak 1,082 bakul makanan untuk 12 buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri Lamag telah diagih-agihkan kepada penerima .

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu Dato Sri Bung Moktar Radin berkata bantuan tersebut diberikan kepada penduduk terlibat untuk meringankan beban yang mereka hadapi semasa berhadapan dengan penularan Pandemik Covid-19.

“Saya telah meminta  pegawai-pegawai saya melakukan agihan ini dan memastikan tidak ada penduduk yang tercicir dari menerima sumbangan,” Katanya ketika di hubungi di Kuala Lumpur semalam.

Beliau yang kini berada di ibu negara kerana persediaan menghadiri persidangan Parlimen berharap penduduk di kawasan itu bersabar sementara menunggu pihaknya datang menghulurkan sumbangan.

” Oleh kerana kita terpaksa mematuhi SOP yang ditetapkan ditambah lagi faktor logistik pergerakan untuk menghantar bantuan sedikit memakan masa, bagaimanapun saya memberi jaminan bantuan akan disampaikan,” tambah Bung.

Sementara itu di Kota Kinabalu Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri turut menyampaikan  sumbangan beberapa kelengkapan kepada   Penjara  Pusat Kepayan antaraya  facemask,sanitizer,khemah serta barang-barang keperluan makanan untuk petugas .

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata, para petugas di Penjara Kepayan berhadapan dengan cabaran dan rasiko yang tinggi apabila kawasan tersebut diisytiarkan sebagai berada dalam kawasan zon merah.

“Sedikit sumbangan ini diharapkan akan membantu mereka disamping dapat memberikan suntikan semangat untuk mereka melaksanakan tugas yang sentiasa berhadapan dengan cabaran,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top