100 Rumah Mangsa Kebakaran 2017 Terbakar Lagi

IMG_20220421_122143.jpg
Kongsi Bersama

SEMPORNA: Satu kebakaran besar berlaku lewat malam tadi, memusnahkan 10 blok penempatan sementara melibatkan 100 pintu rumah di sini.

Kejadian berlaku di penempatan sementara bagi mangsa kebakaran Kampung Bangau-Bangau, yang diduduki sejak 2017.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah berkata, seluas 1.5 ekar kawasan terlibat dan semua rumah musnah sepenuhnya.

“Selepas menerima panggilan kecemasan, pihak bomba mengerahkan sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera ke lokasi.

“Kami turut dibantu oleh pihak polis, Sabah Electricity, Angkatan Pertahan Malaysia dan RELA,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi terkawal sekitar jam 12.46 tengah malam dan api berjaya dipadam sepenuhnya jam 3.05 pagi.

Menurut sumber, turut musnah dalam kebakaran itu, beberapa sekolah alternatif atau sekolah untuk kanak-kanak miskin tanpa warganegara.

Tidak ada korban nyawa dilaporkan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Berita asal; Awani

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top