100 Pemandu Bas Henti-henti Terima Bantuan Bakul Makanan

LPKPSAbah.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN : Seramai 100 pemandu bas henti-henti daerah ini menerima sumbangan bakul makanan menerusi Majlis Penyerahan Sumbangan Bakul Makanan Sempena Hari Malaysia pada 15 September.

Majlis yang diadakan di pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Cawangan Sandakan itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pellesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Datuk Chin Kim Hiung.

Menurut Chin, jumlah penerima awal ini merupakan sebahagian daripada 300 penerima sumbangan secara keseluruhan yang akan disampaikan secara berperingkat dalam masa terdekat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada syarikat swasta yang telah menyumbang dan berharap agar bantuan ini akan dapat meringankan beban pemandu yang terjejas akibat pandemik Covid-19,” kata Chin dalam kenyataan media hari ini.

Turut hadir Ahli Lembaga LPKP Sabah, Desmond Ling ; Pengerusi Persatuan Bas Henti- Henti Sandakan, Mohd. Harun Haji Ramli serta wakil LPKP Sabah Cawangan Sandakan, Mohd. Soffian Etting.- Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top