100 Pelajar Terima Bantuan Tunai Daripada SAPP Beaufort

bantuan-tunai-SAPP.jpg
Kongsi Bersama

BEAUFORT: Parti Maju Sabah (SAPP) Beaufort menyerahkan Bantuan Persekolahan kepada 100 orang pelajar di Membakut, Beaufort dan Bongawan.

Pengerusinya, Jamain Sarudin yang juga Ketua Pemuda Pusat berkata, penyelaras kawasan telah menerima 100 permohonan dan jawatankuasa beliau bersetuju meluluskannya.

Menurut Jamain, pihaknya memulakan penyerahan Bantuan Kewangan bermula Ahad lepas di Beaufort, diikuti di Membakut minggu ini dan kawasan yang lain pada minggu berikutnya.

“Bantuan tunai pada tahun ini memberi peluang kepada ibubapa membuat persediaan dan membeli keperluan anak-anak mereka”, menurut Jamain lagi.

Sementara itu di Membakut, ibubapa penerima merasa bersyukur mendapat Bantuan dari SAPP. Mereka berharap, bantuan seperti ini akan diberikan pada tahun akan datang

Program ini dibawah Peruntukan Sentuhan Kasih ADUN DiLantik, Datuk Seri Yong Teck Lee.

Bagi Kawasan Beaufort, Jamain memilih untuk memberikan bantuan tunai, sementara kawasan lain mengadakan aktiviti berbeza mengikut keperluan kawasan.

Turut hadir, Oh Sing Siong Naib Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Kawasan (CLC), Clarence Oh Sing Bee, Ketua Pemuda dan Benedict Besinter Ketua Penerangan CLC. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top