100 Keluarga Terima Bantuan Banjir PAS Papar

PAS.jpg
Kongsi Bersama

PAPAR: PAS Papar dengan kerjasama PAS Sabah dan NGO Sabah Relief turun menyantuni keluarga mangsa banjir di Kampung Labak di sini kelmarin.

Hadir dalam misi kali ini ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah Mohd Aminuddin Aling, Timbalan Pesuruhjaya 1 Sahar Abdul Majid, Pengerusi Lajnah kebajikan Negeri Ustaz Mustaqim Aling dan Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah Norsah Bongsu.

Hadir bersama Yang Dipertua dan Timbalannya, Abd Salim Karim dan Azmi Dalin, Ketua Dewan Ulamak Ustaz Azman Jupri, dan Ketua Muslimat PAS Aisyah Abdul Rahman dan ahli Jabatan Amal Papar.

Seramai 100 keluarga telah menerima sumbangan berupa pakaian, bakul makanan,minuman, set kelengkapan solat dan pinggan mangkuk.

Seorang wanita mualaf berterima kasih kepada PAS kerana hadir  menyantuni mereka sekali gus memberikan set kelengkapan solat.

“Telekung dan sejadah saya sudah tidak boleh dipakai akibat banjir baru-baru ini, terima kasih atas pemberian ini,” katanya.

Ketua Muslimat PAS Sabah Norsah Bungsu, sempat menyantuni dan beramah mesra dengan penduduk mualaf yang terjejas banjir.

“Pertama kali banjir seperti ini berlaku di kawasan kami. Air naik dengan cepat dan deras .Pelbagai punca juga yang menyebabkan banjir. Syukur juga kami selamat”, ujar penduduk yang bertugas di pusat agihan sumbangan.

Sekitar 200 buah rumah yang terjejas akibat banjir besar baru-baru ini.

Bantuan banjir semalam merupakan lanjutan sumbangan sebelum ini yang telah diagihkan pada hari Rabu yang lepas di Kampung Labak Kinarut.

“Kita santuni mereka untuk menggembirakan hati mereka, bantu carikan keperluan asas yang diperlukan. Semoga keadaan kembali pulih”, ujar Abd Salim Yang Dipertua PAS Papar.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top