100 Hari Kerajaan: Fokus Bantu Daerah Mundur, Miskin Di Sabah – MP Kudat

IMG_20230227_175723.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kerajaan perpaduan dan barisan kabinet perlu cakna serta lebih fokus dalam membawa keluar negeri serta daerah-daerah terutama di Sabah dari kepompong kemiskinan dan kemunduran.

Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda menjelaskan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan kabinetnya perlu melakukan anjakan paradigma bagi mengatasi masalah itu pada penggal ini.

“Harapan saya adalah supaya fokus-fokus itu lebih menjurus kepada keberhasilan di tempat-tempat tertentu. Misalnya di Kudat saya telah mengemukakan cadangan berkenaan dengan penubuhan Kudat Banggi Development Authority (KUBDA) yang mana ini akan merealisasikan impian kita untuk mendapatkan satu kawasan penggazetan Banggi sebagai Zon Bebas Cukai.

Katanya, ia dapat dilihat menerusi pengembalian pelaksanaan hak tatakelola minyak dan gas selain urus tadbir sumber tenaga ke Sabah.

Dalam pada itu, beliau turut meletakkan harapan pemberian geran khas kepada Sabah yang termaktub dalam MA63 dapat direalisasikan.

“Inilah harapan kita perkara-perkara (hak) ini dapat disegerakan sebab ia akan menjadi sumber besar untuk memajukan negeri Sabah itu sendiri.

“Saya lebih fokus kepada perkara yang perlu dilakukan di Sabah memandangkan Sabah merupakan negeri yang sangat terbelakang (dari segi pembangunan),” katanya yang turut menyifatkan Anwar telah menampak satu kemajuan yang belum pernah dicapai oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. -AWANI

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top