100 Disyakki Miliki Dua Kerakyatan Cuba Masuki Sabah Melalui Jalan Tidak Sah Diusir

polis.jpg
Kongsi Bersama

PAPAR: Polis mengumumkan lebih 100 individu dihalang daripada memasuki Sabah dan diusir dari perairan Malaysia pada Khamis kerana melalui jalan tidak sah.

Polis mengesyaki mereka juga memiliki 2 kerakyatan.

Pesuruhjaya Hazani Ghazali berkata 2 bot jongkong dan 2 bot laju yang membawa mereka itu dikesan cuba melepasi sempadan laut di Sandakan lalu disekat.

“Kita terpaksa halang mereka kerana melalui jalan yang tidak sah. Bukan menafikan hak mereka untuk mengundi tetapi cara mereka masuk tidak betul dan kita perlu halang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top