100 Ahli WARISAN Keluar Parti, Sertai STAR

STAR-Putatan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kira-kira 100 anggota Parti Warisan Sabah (Warisan) dari bahagian Putatan telah keluar dari parti itu dan menyertai Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) semalam.

Bekas ketua Wanita bahagian Putatan Warisan, Noraini Omar yang mengetuai kumpulan itu mengatakan antara sebab mereka bertindak demikian adalah untuk memastikan penglibatan mereka dalam memperkasakan wanita di bahagian masing-masing.

Turut menyerahkan borang menyertai STAR ialah Ketua-Ketua Wanita Warisan Dun Tg Keramat,Dun Petagas dan Dun Tg Aru serta penyokong masing-masing.

“Menjadi harapan kami dengan menyertai STAR kami dapat memperkasakan wanita di bahagian ini, seterusnya meningkatkan ekonomi mereka,” kata Noraini,

“Seperti yang kita ketahui, banyak dari mereka miskin dan memerlukan bantuan. Jadi, antara usaha kita untuk memperkasakan mereka adalah dengan memperkukuhkan peringkat bahagian, ”tambahnya dalam sidang media di sini.

Setiausaha Agung STAR Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi dan penyelaras STAR Putatan Philip Among turut hadir.

Sementara itu, Guan Dee mengatakan kemasukan secara besar-besaran ke dalam STAR menunjukkan bahawa parti itu mendapat tempat di hati rakyat Sabah.

“Kami sentiasa mengalu-alukan ahli baharu untuk mengukuhkan parti,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top