100 Ahli Warisan Isytihar Keluar Parti

keluar-warisan.jpg
Kongsi Bersama

BONGAWAN : 100 orang ahli Parti Warisan telah mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Mereka diketuai oleh Hassan Syahadan, Ketua Cawangan Parti Warisan Kg Nyaris-Nyaris Seri Malawaring 1, Bongawan.

Penyerahan borang keahlian UMNO turut disaksikan dan diterima oleh Timbalan Menteri Pendidikan II merangkap Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Haji Alamin serta kepimpinan UMNO Bahagian Kimanis semalam.

Selain beramah mesra menyantuni warga, Mohamad turut melakukan sesi dialog bersama penduduk sekitar yang hadir di majlis ringkas berkenaan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top