10 Peserta Sertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Beaufort

tilawah-beaufort.jpg
Kongsi Bersama

BEAUFORT: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dengan kerjasama Pejabat Daerah Beaufort telah menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran peringat daerah di bilik mesyuarat utama Pejabat Daerah, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Haji Ruslan Muharam yang merasmikan majlis tersebut berkata, program seumpama ini merupakan langkah yang proaktif dan inovatif di antara jabatan dan Kerajaan.

“Program keagamaan seperti ini berupaya mengukuhkan lagi jalinan Ukhuwah sesama umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, apa yang dihayati dalam majlis tilawah ini dapat menyumbang kepada sesuatu yang memberikan manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan tanah air.

Di samping itu, ia sebagai satu platform terbaik melahirkan pelapis-pelapis Qari dan Qariah yang berkualiti.

“Jika diimbas kembali, daerah Beaufort sinonim dengan peserta Qari dan Qariah sejak tahun 1960an yang mana pada suatu ketika dahulu, menjadi sebutan sinonim dengan kualiti bacaan seperti Almarhum Hj. Maarif Ansat, Almarhum Hj. Gapar Mohd. Raup dan Almarhum Ustat Abdul Malik Mohd. Raup.

Ruslan turut mencadangkan pemilihan di peringkat zon perlu dititikberatkan semula mulai tahun ini.

Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada jawatankuasa majlis yang dipengerusikan oleh Pengawai Daerah Beaufort dengan kerjasama JHEAINS kerana berjaya menganjurkan program ini walaupun di musim pandemik Covid-19.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Isnin Hj. Aliasnih, ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan serta para pemimpin masyarakat atas sokongan padu bagi merealisasikan kemenjadian program ini.

Seramai 10 peserta telah menyertai majlis tilawah ini. Pemenang bagi Qari ialah Aris Hj Mohd Rauf manakala Qariah ialah Siaminah Hj Mairin. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top