TAWAU: Seramai 10 orang dilaporkan cedera dalam kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Apas Batu 3, di sini malam tadi.
Lapan daripada mangsa adalah daripada Nissan Gramd Livina yang bertembung dengan Proton Waja dalam kejadian itu.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sabah, panggilan kecemasan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 7.01 malam dan sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PBK II Kasdi Latimin daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bergegas ke lokasi.
Pasukan bomba bertindak memberikan rawatan awal kepada kesemua mangsa yang seterusnya dibawa ke hospital menggunkan EMRS dan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Setelah memastikan tiada bahaya lain operasi ditamatkan pada jam 7.46 malam.