1.09 Juta Penduduk Di Sabah Bukan Warganegara

soalan-madius.jpeg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed mengesahkan bahawa seramai 1.09 juta penduduk bukan warganegara kini berada di negeri Sabah.

Katanya, jumlah tersebut lebih tinggi berbanding 159.5 ribu penduduk bukan warganegara yang di negeri Sarawak.

Mustapa berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan lisan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau di Persidangan Dewan Parlimen di sini Khamis lalu.

Dalam soalannya Madius meminta penjelasan daripada Perdana Menteri jumlah penduduk Sabah berbanding Sarawak pada tahun 1960, tahun 2010 dan tahun 2020.

Di samping itu, perdana menteri juga diminta menjelaskan mengapakah kadar pertumbuhan penduduk Sabah jauh lebih besar daripada Sarawak.

Mengulas lanjut Mustapa memaklumkan bahawa data penduduk dan kadar pertumbuhan penduduk bagi Negeri Sabah dan Sarawak bagi tahun 1960 masih belum tersedia di peringkat Malaysia.

Katanya, data penduduk peringkat Malaysia adalah bermula pada tahun 1961. Kadar pertumbuhan penduduk Sabah jauh lebih besar dari Sarawak disumbangkan oleh kadar pertambahan yang menjadikan penduduk Sabah sebanyak 3.91 juta berbanding Sarawak sebanyak 2.82 juta pada tahun 2020.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top